Pernah ku terdengar kata-kata 'cinta tak semesti bersatu' dan 'love is letting go'.
Ya mungkin aku bersetuju. Apa yang penting ialah, kalau kita cintakan seseorang kita mahu melihat dia bahagia walaupun bukan bersama kita kerana kita kasihkan dia tanpa syarat.
Tiada syarat untuk dia bersama kita, buat apa kalau itu menambah deritanya.. Kita tak mahu
orang yang kita kasihi disakiti jauh sekali melihat dia menderita..
Cinta yang ada jangan dikorbankan,
biar ditolak,
biar disisih,
jangan biarkan ianya bertukar menjadi dendam.
Semaikan ia sebagai kenangan, bergembiralah dengan ia kerana cinta itu nikmat kebahagiaan.
Doakan mereka yang kita kasihi dan cintai itu bahagia dan kita pasti bahagia dengan kebahagiannya.
Apalah ada pada rasa marah, kecewa dan sedih dalam usia yang sesingkat ini.
Gunakanlah hidup ini sepenuhnya,
buangkan rasa marah apabila cinta kita ditolak,
buangkan rasa kecewa apabila cinta kita tidak dihargai,
buangkan rasa sedih apabila cinta kita tak terbalas..
Hiduplah sepenuh hati, cinta tak semestinya bersatu.
~ Muaz Hadi
2 comments:
rihen,
like the song goes, sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead
but to me, whichever way - lasts or not, love hurts!
the gal,
agreed
Post a Comment