Aku pun tak tau camne aku nak mulakan penulisan berkenaan tajuk kat atas ni. Benda ni takde kena mengena dengan orang lain. Tapi ini berkaitan dengan aku. Aku x pernah menyangka yang benda ni akan jadi pada aku. Tapi siapa yang dapat menduga percaturan Allah untuk hambanya.
Hari ni aku ada confession yang nak dibuat kat sini. Selama hari ini aku hanya menipu diri sendiri. Aku cakap dengan orang yg aku dah xde hati kat Encik Cikgu tapi sebenarnya aku x penah pun berhenti menyayangi Encik Cikgu. Aku hanya berpura-pura sebab aku perlu move on with my life.
Malangnya aku x berjaya untuk move on pun. Aku masih lagi rapat dengan dia. Aku masih lagi tertunggu-tunggu sms dari dia. Mungkin ada orang akan cakap aku ni bodoh sebab aku membuka ruang untuk hati ini kecewa lagi. Tapi aku dah tak kisah sebab perlahan-lahan aku sedar yang mencintai tidak semestinya memiliki.
Setidak-tidaknya kehadirannya dalam hidupku memberikan aku kebahagiaan. Biarpun aku x pasti selama mana dia akan hadir dalam hidupku tapi untuk tika dan saat ini, aku bersyukur dengan kehadirannya.
Selagi dia masih ambik berat pasal aku. Selagi dia masih sms aku setiap mlm sebelum tido, semuanya indah. Biarlah aku gagal memiliki cintanya tp perhatian dan layanan masih milikku di ketika ini. Andai suatu hari nanti, dia berlalu dari sisi ku, aku redha. Aku akan belajar menerima hakikat yang dia bukannya tercipta untukku.
Seorang teman rapat aku pernah berpesan, katanya "Akak ciptalah kebahagiaan sendiri. Selagi akak bahagia bersama Encik Cikgu, just go for it. The future will take care of itself. Kenapa akak nak sia-siakan peluang yang ada?"
Pesanan seorang adik ni membuka mata aku. Selama ini aku terlalu mengharap agar Encik Cikgu pun jatuh hati kat aku, sampai aku x nampak peluang yang ada. Ya, peluang untuk merasai kebahagiaan di tika dan saat ini. Tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya bukan di tanganku, so x perlu ler aku bersusah hati tentang itu.
Di saat aku menulis entry ini, aku nekad untuk terus rapat dengan Encik Cikgu and at the same time aku perlu memujuk hati supaya belajar meredhai ketentuan Ilahi dengan apa saja kemungkinan yang bakal terjadi nanti.
Aku rasa dah cukup panjang luahan hati kali ni.
p/s kerana aku masih sayang dia .. aku x mampu membuka hati untuk Mr. Ex and the guy from my past...
2 comments:
i like this entry, and i like yr faith. mmg mencintai tidak semestinya memiliki... cinta hadir dengan tanpa diduga, dari hati yg ikhlas...
cinta itu keikhlasan.. selagi kita ikhlas mencintai, berilah ia tanpa mengharapkan balasan...
im in love with someone whom i know can never be mine... he knew it very well too, that i can never be his either... but we never stop loving each other... in our hearts, im his and he's mine and that's all that matters
yes, go with yr heart.. and let He take care of everything else!
-this gal-
the gal,
hopefully I won't regret the choice that I've made.. :)
Post a Comment