Tuesday, September 27, 2011

LAST WEEK

Minggu lepas aku dilanda keserabutan yang amat.. Entah kenapa tetiba jer aku dok sentap2 dengan Encik Cikgu. Ada jer benda yg wat aku terasa yang amat dengan dia. Yang peliknya mamat tu dok layan sentap aku tuh. Sikit2 sms pujuk aku.. pastu kalau kat skolah plak, dia asyik pandang2 muka aku. Kalau aku wat derk jer kat dia, sibuk jer dia wat2 ada hal nak cakap dengan aku. Konon nak test, aku still sentap ke tak dengan dia.

Hari Khamis sibuk dengan jamuan raya untuk Kelab Guru. Hari Jumaat plak sibuk dengan jamuan raya dengan anak2 murid. Pagi Jumaat tetiba aku sakit kepala yg amat sampaikan aku drive p skolah dalam keadaan menggigil. On the way p skolah aku text Encik Cikgu and minta dia tolong temankan aku pegi amik KFC untuk jamuan budak2 tu around pukul 8.30. Nasib baik dia cakap yes. Kalau x jenuh gak aku nak drive dalam keadaan sakit yg amat.

Walaupun sakit kepala, jamuan still on. So aku gagahkan diri untuk handle jamuan kelas. Nasib baik aku guru kelas tahun 5 so budak2 dah boleh handle jamuan sendiri. Aku cuma pantau skit2 jer.

Balik dari skolah aku rest n petangnya pegi skolah untuk attend program RIMUP plak. Aku in-charge jamuan so nak tak nak kena ler tunjuk muka. Alhamdulillah petang tu sakit kepala dah takde. Sampai umah kul 6 lebih.

Malamnya pukul 9 dah tido sebab esok kena bangun awal.. Pukul 2.50 a.m. Sebabnya nak pegi Cameron Highlands. Day trip so bertolak pukul 4 dari skolah. Rombongan ni anjuran Kelab Guru, so yg pegi semuanya cikgu n family masing2.

Entry pasal Cameron Highlands nanti aku tulis ek... Banyak pic nak kena edit dulu .. hehehehhe


No comments: