Aku x tau camne nak luahkan perasaan dalam entry kali ni. Memang entry ni bertujuan untuk meluahkan apa yg terbuku dalam hati. Tapi aku pun tak tau camne nak mulakan penulisan kali ni.
Sejak akhir2 ni aku dah rasa tawar hati untuk berkhidmat di sekolah ni. Aku semakin rimas dan lemas dengan permainan politik beberapa orang guru kat skolah tu. Secara langsung mahupun tidak langsung aku amat yakin, nama ku turut disebut oleh pemain2 politik ni.
Satu kejadian berlaku yg menyebabkan aku amat marah dengan seorang rakan sekerja. Hal berkenan kelas tambahan sewaktu cuti sekolah nanti. Aku memang tak kisah untuk mengajar di kelas tambahan sebab dah memang lumrah setiap tahun begitu.
Cuma aku bengang sebab penyelaras tersebut sangat tidak profesional dengan meletakkan nama guru2 sesuka hatinya. Minah ni x bagi peluang kepada guru2 untuk memilih hari dan waktu kelas mengikut kesesuaian kami. Tetapi kawan2 minah ni boleh plak pilih hari.
Sepanjang 5 tahun aku di skolah ni, tak penah lagi perkara sedemikian berlaku. Entah kenapa tahun ni, minah ni mengada2 memandai sendiri.
Aku menyuarakan ketidakpuasan hati aku. Then minah ni terasa hati plak dengan aku. X cukup dengan tu, dia siap cakap yg aku ni tak menghormati dia yg lebih tua. Apahal ler pulak minah ni. Sungguh tak profesional. Aku tak pulak pegi jaja2 citer pasal hal ni kat semua orang. Dia siap bercerita dgn orang pasal hal ni. Maybe dia nak cari penyokong kot.
Lantak dia ler... Aku memang tetap dgn pendirian aku. Dan aku tak takut untuk berjumpa dengan GB sekiranya aku dipanggil pasal kes ni. Aku bercakap benda yg betul. Kalau Boss nak blacklist aku pun, aku tak kisah.
Dan yang buatkan aku extra bengang dengan minah ni sebab selama ni aku ingatkan dia memang jenis yang baik. Rupanya dia ni jahat. Dia jenis yang berbaik dgn kita pastu tikam kita dari belakang. Ada beberapa orang cikgu datang jumpa aku n bagitau yg minah ni selalu burukkan aku dekat diaorang. Especially pada cikgu yg baru datang kat skolah tu.
Aku ni jenis malas nak bersemuka dengan orang pasal hal2 camni. Aku takkan pegi serang orang tanpa bukti yg kukuh. Setakat dengar citer dari mulut orang ni aku malas nak layan. Maybe aku pun ada silap gak. Sebab tu orang bercakap hal aku. Biar ler dia nak citer apa pun pasal aku.
Minah ni lupa yang dia pernah bagitau aku banyak rahsia buruk kawan2 kat skolah. Kalau aku ni jahat cam dia, aku pun boleh gak p bagitau orang ni semua yg aku tau rahsia diaorang. Tapi aku malas nak merendahkan maruah aku cam dia. Dan dia juga lupa yg dia ada anak2 yg satu hari nanti akan menjadi dewasa. Tak mustahil kalau satu hari nanti, apa yg dia buat kat aku ni boleh terjadi kat anak2 dia. Allah Maha Berkuasa....
Skarang aku perlu lebih berhati-hati dengan orang camni. Pada aku Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. InsyaAllah satu hari nanti kebenaran akan terbongkar. Aku cuma perlu bersabar....

1 comment:
rihen,
byk2 bersabar... berani kerana benar, mengalah bukan bererti kalah.
K. Yanti.
Post a Comment