Wednesday, January 27, 2010

I'M GOING TO MISS YOU SO MUCH

Dah lama x menulis apa2 di blog. Maybe sebab kehilangan mood untuk menulis apa2 buat seketika.

Dalam entry kali ni aku nak bercerita tentang seseorang yang sangat istimewa di dalam hidup aku. Dan pada tanggal 21 Januari 2010 aku telah kehilangannya untuk selama-lama.

Aku mengenali arwah pada tahun 1990. Ketika itu aku baru melangkah ke form 1 di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama. Kami sama2 belajar di dalam kelas 1 Ibnu Sina. Kami menjadi semakin rapat apabila setiap tahun kami melangkah ke kelas yang sama. Sehingga ke form 5 kami masih berada di kelas yg sama.

Tahun 1995 kami sama2 melangkah ke Pusat Matrikulasi UIA di Jalan Pantai Baru. Kami memilih course yang sama iaitu Matrikulasi Economi. Kami masih rapat seperti dulu walaupun di tempatkan di bilik dan blok yang berbeza.

Tahun 1997 kami melangkah pula ke UIA Gombak. Dan kami masih mengejar cita2 di dalam bidang yang sama iaitu perakaunan. Masih rapat seperti biasa. Kami menyusun jadual waktu kelas agar dapat menghadirinya bersama2. Seboleh-bolehnya kami mahu menghadiri kuliah yg sama. Alhamdulillah, kami semakin rapat di situ.

2001 merupakan tahun di mana kami tamat pengajian. Bermula lah era pencarian pekerjaan yang menyaksikan kami membawa haluan masing2. Namun begitu kami masih meluangkan masa bersms dan menelefon di antara satu sama lain.

Sahabat baik ku ini bertemu jodohnya pada tahun 2003. Arwah dikurniakan dengan seorang cahayamata perempuan. Cahayamatanya kini berusia 6 tahun. Arwah memilih untuk tidak bekerja demi cahayamatanya.

Walaupun arwah sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata namun kami masih berkawan rapat seperti dulu. Cuma kami agak jarang berhubung kerna kesibukan masing2.

Tahun 2008 arwah memberitahu ku bahawa dia telah disahkan mengidap kanser darah @ lymphoma. Aku terkedu. Ya Allah, selamatkanlah sahabat baik ku ini. Itu doaku sejurus mendengar khabar itu. Alhamdulillah, kansernya masih di peringkat pertama.

Sepanjang setahun beliau menjalani chemotheraphy. Alhamdulillah pada tahun 2009, arwah memaklumkan yang dia sudah pulih. Sel barah telah dapat dibunuh sewaktu menjalani chemotheraphy. Alhamdulillah. Aku sangat2 bersyukur dengan berita gembira itu.

Sepanjang 2009 aku x berkesempatan berjumpa dengan arwah. Kali terakhir menemuinya ialah pada bulan Dec 2008. Memang agak sukar untuk bertemu arwah kerana arwah tinggal di Sarawak kerana mengikut suaminya bertugas di sana. Arwah baru sahaja berpindah ke Sepang pada pertengahan tahun 2009.

Sms terakhir ku dengan arwah ialah pada awal bulan Jan 2010.

21 Jan 2010 jam 3.15 petang.

Aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang rakan di Shah Alam. Memaklumkan aku tentang pemergian arwah. Arwah kembali ke pangkuan Ilahi pada jam 4 pagi di Hospital Seremban kerana pendarahan otak. Aku benar2 terkejut. Seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan. Arwah telah tiada lagi. Rupa-rupanya penyakit arwah menyerang semula.

Kini arwah telah pergi meninggalkan semua yang disayanginya. Aku redha dengan pemergiannya walaupun sedikit terkilan kerna tidak dapat menatap arwah buat kali terakhir. Namun aku percaya setiap sesuatu ada hikmahnya.

Sesungguhnya aku telah kehilangan seorang sahabat baik yang benar2 memahami diri ini. Arwah merupakan seorang yang penyabar, ringan tulang dan baik hati. Arwah tidak pernah menyakitkan hati sesiapa semasa hayatnya.

Semoga Allah menempatkan Allahyarham Munirah bt. Zakaria bersama2 orang yang soleh. InsyaAllah…

Al-Fatihah…

I’m going to miss you so much…..

p/s masih terbayang kenangan bersama arwah…