Wednesday, July 21, 2010

XCIDENT

Sampai jer umah from work on Monday dapat berita yang adik bongsu xcident kat area umah sewa in KL. Terkejut giler .. tapi Alhamdulillah… dia x cedera parah. Masa tu dia masih lagi kat Hospital Kuala Lumpur.

Malam tu discuss dengan parents untuk pegi ambik dia kat KL bawa balik umah. My dad cakap dia nak pegi dengan mak jer. Tapi nak balik hari .. meaning pegi pagi then ambik adik n terus balik. Aku plak tak sedap hati nak biarkan my dad drive sorang2 untuk one day trip. Kalau tido sana okay ler.

So aku decide untuk tag along. Boleh gilir2 drive dengan my dad. So takde ler letih sangat walaupun one day trip. So malam tu aku call boss bagitau dia aku nak cuti rehat on Tuesday sebab nak ke KL jemput adik.

Semalam pegi ler KL dengan my mom and dad. Ambik adik n terus balik Perak. Penat gak ler sebab one day trip. Tapi semuanya okay. Alhamdulillah adik takde apa2. Cuma luka kat kaki kena jahit n tulang hidung retak. Yang lain okay … takde pape… walaupun kalau ikut cerita dia .. ngeri gak cara dia accident tuh. Adik aku accident dengan kereta. Dia naik motor. Kereta x berenti lampu merah n langgar dia.

Skarang ni adik kat umah. X pasti lagi berapa lama dia MC. Setakat ni Doc from HKL bagi MC sampai esok jer. On Friday nak pegi hospital kat Parit Buntar untuk further check up. Maybe dapat extend MC for another week kot.

Sian gak tgk adik sebab dia susah sgt nak berjalan… Bahagian yang kena jahit tu area belakang kaki.. atas skit dari tumit. So tu yang susah nak jalan tuh. Badan n kaki still ada yang bengkak lagi. Seksa betul nak bergerak. Nak mandi pun susah sebab nak jaga bekas jahit tu supaya tak basah. Siap bungkus kaki dia dengan plastik. Pastu hidung dia bengkak sebab tulang retak. This Friday baru nak pegi jumpa Pakar ENT plak.

Apa pun syukur Alhamdulillah sebab takde kecederaan dalaman & kecederaan serius. Tapi aku sebagai kak long still rasa sedih bila tengok keadaan adik camtu...



No comments: