Wednesday, April 7, 2010

PANAS HATI !!!

Hari ni aku ada kelas tambahan from 2.oo pm. til 3.3o p.m. Masuk jer kelas aku terus discuss questions yg budak2 ni wat minggu lepas.. masa aku g kursus.. Abis discuss semua questions, aku suruh budak2 tu wat contoh soalan exam dalam buku.

After 15 minutes, aku notice sorang budak ni tido dalam kelas. Aku terus kejutkan dia and tanya apasal tido. Tak sihat ker? Dia cakap kat aku yg dia dah siap wat latihan yg aku suruh. 40 soalan boleh buat dalam masa 15 minutes. Fine...

Aku panggil dia datang kat meja guru. Then aku suruh dia bagitau aku makna question 1. Terkulat2 dia nak jawab. Dia cakap kat aku dia tak tau apa makna soalan tuh. Apa lagi .. mengamuk ler aku. Aku memang dah agak yang dia hentam jer 40 soalan tu. Sebab semuanya soalan objektif.

Kawan2 yang lain masih dok sibuk cari jawapan and dia boleh cakap dia dah siap. Aku memang benarkan budak2 tu buka kamus untuk cari makna perkataan. This way, budak2 tu akan lebih ingat makna perkataan tu berbanding kalau makna tu datang dari aku.

Yang aku bengang dengan budak tu sebab masa aku cakap dgn dia, boleh dia wat muka tak puas hati plak kat aku. Memang tadi aku mengamuk giler. Aku cakap dgn dia "kalau setakat nak main hentam jer jawapan, baik tak payah datang kelas tambahan. Masa UPSR nanti hentam jer jawab. Buat apa awak penat2 datang.... Lebih baik balik dok umah. Masa awak tak terbuang n hati saya pun tak sakit. "

Memang aku marah sangat. Pastu sedih pun ada gak bila fikir yg sikap budak2 ni susah nak berubah...

Minggu depan aku nak "halau" jer budak tu masuk kelas lain waktu extra class. Kiranya nak denda dia. Biar dia tahu apa yg dia buat tu salah...

No comments: