Saturday, February 20, 2010

REZEKI

Hampir 3 minggu aku menyepi dari blog ni. Rasanya dah bersawang blog ni. Bukan kerana kesuntukan masa tapi kerana kehilangan mood untuk berblogging buat seketika.

Entry ini ditulis kerana memikirkan terlalu lama blog ini sepi. Banyak jugak luahan rasa dan catatan peristiwa yang sepatutnya aku kongsikan di sini. Tapi entah kenapa jari jemari ini kaku untuk menaipnya di sini. Biarkan lah dulu. Sampai masanya nanti aku akan coretkan jua di sini.

Kali ni aku cuma nak bercerita tentang rezeki yang Allah berikan. Baru2 ni ada seorang rakan sekerja yg bergurau dengan ku tentang perbezaan gaji kami. Aku dan dia sama2 posting ke SKKK pada tahun 2005. Namun kerana bidang pengajian semasa di universiti adalah berbeza, maka aku menerima gaji yg lebih sedikit daripadanya.

Ini dialog kami.

"Banyaknya beza gaji akak dengan saya" luah guru muda itu. "Allah bagi rezeki pada kita dengan cara yang berbeza. Allah kurniakan anak kembar sebagai rezeki untuk awak, " balas ku padanya.

Aku sedikit pun tak terasa marah dengan kata2nya. Tapi cukup untuk membuatkan aku terfikir dan merasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada aku. Aku mula merenung kembali apa yang ada pada diri ini. Kekadang aku merasakan yang aku ni kurang bernasib baik kerana masih belum bertemu jodoh pada usia sebegini.

Namun bila aku renungkan kembali, Allah telah memberikan aku rezeki di dalam bentuk kewangan. Walaupun aku tidak hidup di dalam kemewahan namun aku bersyukur kerana aku hidup di dalam kesenangan. Aku tak pernah merasai keadaan kesempitan wang. Allah menguji aku berkenan hal jodoh. Tetapi Allah mengurniakan aku rezeki yang lebih berbanding kawan2. Dan sesungguhnya aku bersyukur dengan segala kurniaan mu Ya Allah.

Setiap kali aku dilanda kesedihan bila memikirkan soal hati dan perasaan, aku cuba memujuk hati sendiri dengan mengingati yang Allah tidak akan menguji hambanya melebihi apa yang mampu di tanggungnya. Namun sebagai manusia biasa, kekadang aku tak terlepas dari keluhan setiap kali menempuh ujian dari-Nya.



5 comments:

:: Wiween :: said...

biasa laa tu kak. sama jugak mcm guru bukan dg41 yg kdg2 perli psl gaji kami yg dg41 nih. betul ckp akak, Allah uji manusia berbeza2..org nih mungkin belajar x tinggi tp kawin awl. ada tuh pulak belajar tinggi tp lum ada jodoh. Ada tu pulak ada kedua2nya tp hidup x bahagia. Allah xkan bg mana2 manusia sempurna. Allah itu Maha Adil kan :)

Rihen said...

yang penting kita kena belajar bersyukur kan ween... :)

MisY said...

rihen,

ujian yg datang x mampu kita tolak... nanti cerita terbaru k.yanti tntng dugaan yg tidak diduga...

MisY said...

rihen,

i tag you in my blog.

http://yanticuisine.blogspot.com

Rihen said...

kak yanti...

betul tuh.. ujian datang tanpa diduga... yang penting kita redha menghadapinya kan