Tuesday, October 27, 2009

SUKAN TAHUNAN 2009

Semalam skool aku cuti sebab on Saturday ada Sukan Tahunan for this year. Walaupun cuti, tapi aku masih malas nak update blog. Hari ni baru ada mood nak update. Tu pun aku dok mengupdate blog kat dalam kelas ni.

Budak2 tengah exam hujung tahun, so aku cuma mengawasi budak2 tu jer. Sambil dok tunggu diaorang exam, aku decide untuk update blog. Kebetulan plak hari ni aku bawa laptop ke skool. So senang le keje aku. Hehehehehe....

Aku nak story skit je pasal sukan tu pun.

This year skolah decide untuk wat sukan pada hujung tahun sebab early this year kami jadi tuan rumah untuk sukan daerah. So masa tak mengizinkan kami untuk handle sukan sekolah waktu tu. Pastu plak dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh most schools since yuran hanya mula dibayar in June.

Sukan tahunan ni acara wajib bagi semua skolah. So nak tak nak, skool kami kena wat le jugak.

Seperti biasa, acara bermula dengan perarakan oleh setiap pasukan mengikut rumah. Then diikuti plak dengan acara menaikkan bendera kejohanan. Tahun ni skolah aku wat kelainan skit. Pelajar2 Tahun 3 membuat persembahan pom-pom bagi memeriahkan acara sukan.

Aku seperti biasa bertugas di tengah padang as Hakim Garisan Penamat. Keje aku ialah menyambut ketibaan pemenang di garisan penamat. Hehehehehe... Keje yang memenatkan sebab dari awal kejohanan sampai le abis, kat tengah padang tu ler tempat aku.

Antara acara yang dipertandingkan pada hari sukan tu ialah 50m Tahun 1 & 2, 80m Tahun 3, 100m Tahun 4, 5 & 6, 200m Tahun 4, 5, & 6, 4x100m terbuka dan 4x200m terbuka. Acara kemuncak ialah Acara Tarik Tali.

Rumah sukan aku iaitu rumah Merah, membuat kelainan pada tahun ni. Ketua rumah aku decide untuk masukkan 2 orang budak Tahun 1 bagi acara 4x200m Terbuka (perempuan). Macam kelakar pun ada gak. Tapi yang bestnya ... budak2 tahun 1 tu hebat2 gak. Mampu memberi saingan kepada2 kakak2 yang dah Tahun 6. Tapi kami tak dapat no.1 pun. Sebab kami memang kekurangan atlet bagi acara padang.

Overall rumah Merah dapat tempat ke-3. Masa sukantara kami leading, tapi malangnya, kami takde atlet untuk acara padang. So dapat le tempat ke-3. Kami kekurangan 3 pingat emas dari Johan, iaitu rumah Hijau.

Apa pun all of us had a lot of fun that day. Looking forward to next year's Sports Day. Hopefully it will be an enjoyable one too.....

p/s Balik je umah terus mandi n tumbang sampai petang. Cam biasa ler bila berpanas jer.. aku sakit kepala.... :(

Layan jer piccas on that day ek...

















4 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

wahhh semangat habis rumah merah eh kak. Merah eh makngah. ehehehehe

Disturbia said...

hehehehe... biasa ler.. semangat mesti lebih...

hayad said...

sek akak sukan ujung tahun ea?

Disturbia said...

dayah...

ni first time wat hujung tahun.. leceh ler...