Tuesday, September 15, 2009

SUASANA SURAM & MURAM

Kat skolah semalam dan hari ni masih lagi suram dan muram. Masing2 masih bercerita kisah tragis kemalangan arwah Guru Besar. Walaupun suram dan muram, P&P tetap berjalan seperti biasa. Bagi aku sendiri, agak insaf bila berada di jalanraya. Maklum ler, kekadang aku ni bawak keta laju gak. Skarang ni dah mula slow skit. Bukannya apa, takut gak.

Meh aku citer skit camne kisah kemalangan arwah. Kejadian berlaku dalam jam 2.45 petang, Ahad, 13 September 2009. Arwah dan suami dalam perjalanan ke Taiping dari Parit Buntar. Arwah dalam perjalanan untuk bershopping perabot baru untuk rumahnya yang baru direnovate.

Menurut kata suami beliau, on the way, ada sebuah kereta Proton Iswara dari arah bertentangan yang tiba2 berpusing2 dengan laju ke arah kereta diaorang. Kereta tu dipandu oleh seorang budak India berusia 21. Dipercayai tayar keretanya pecah semasa budak tu memandu dgn laju. Akibat dari perlanggaran tersebut, Iswara tu terpotong dua n enjinnya berterabur atas jalan.

Suami arwah tersepit di dalam kereta dan terpaksa menunggu pihak bomba untuk menggergaji kereta bagi mengeluarkan beliau. Arwah mengalami kecederaan dalam dan pendarahan yang teruk di bahagian belakang kepala. Arwah dikejarkan ke hospital Parit Buntar dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan. Budak India tu pun turut terkorban.

Suami arwah pulak dikejarkan ke Hospital Taiping kerana mengalami kecederaan yang agak serius. Banyak tulang beliau yang patah dari pinggang ke bawah. Beliau dah sedar malam tu gak. Suami arwah ada minta kat doktor nak balik untuk tgk jenazah arwah tapi doktor tak benarkan sebab kecedaraan beliau pun serius gak. Sedih je aku dengar sebab arwah dan suami memang loving couple.

Yang paling menyedihkan bila mengenangkan seminggu je lagi nak raya. Kesian betul anak2 arwah. Arwah ada 4 orang anak. 2 lelaki n 2 perempuan. 3 masih belajar. Yang ketiga masih di form 5 dan yang bongsu form 4.

Dalam sekelip mata kami kehilangan seorang Guru Besar, anak-anak beliau kehilangan seorang ibu dan suami beliau kehilangan isteri. Sedihnya kan....

Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ni.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminn......

Al-Fatihah untuk arwah.

2 comments:

nik awin said...

mangsa keadaan
saya mmg sdih sebab kita mungkin dah bwk cara berhemah..tp sebab kecuaian org lain..yg x berdosa jd mangsa

alfatihah buat arwah..semoga damai dialam sana

Disturbia said...

Memang betul pun.